RSS

Aidilfitri Yang Bakal Tiba


Hai semua! Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh, semoga korang sihat-sihat belaka hendaknya. Uikk, lama juga aku tak update belog ku ni kan. Dari yang semenjak tamat PLKN hari tu then sekarang baru dapat update. Berhabuk sudah belog aku ni. Wuhh Wuhh  *Lap-lap dan tiup-tiup*

                Rasanya belum terlambat lagi aku mau wish ‘Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak’ ya. Tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013 yang bakal tiba ni. :’)

                Baju raya sudah beli? Mesti korang nak yang grand-grand gituu kan. Alahhhh, kalau yang baju tahun lepas masih elok, pakai je laa. Buat apa nak membazir beli baju banyak-banyak kan.  Aku ingat lagi satu ayat ni, “Pakailah baju yang cantik pada pagi raya. Walaupun tidak baharu, yang penting ia bersih dan pakaian yang tercantik kamu ada.” Errr, lebih kurang begitulah ayatnya. Tak perlu baharu, yang penting cantik. Pakaian yang tutup aurat sudah semestinya :D

                Hmmm, tahun ni kami sekeluarga beraya tak cukup ahli. Sebab dua orang abangku ke oversea. Abang first kat Pahang, kerja disana. Abang yang ketiga di Indonesia, Tahfiz disana. Tapi takpa laa, asalkan masih ada lagi sanak –saudara di kampong ni. Kengkawan pun masih ramai, even diorang sambung study jauh-jauh  tapi balik juga meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan kawan tersayang. Cehhh. Hehehe xD

                Banyak yang aku mau cakap(taip sebenarnya), tapi aku takut keluar tajuk pulak. Tapi sebenarnya disaat aku mencoret draf ini, aku sendiri tak tahu apa tajuk yang sepatutnya aku ingin letakkan. Mungkin sebab telingaku disumbat dengan handsfree, mendengar lagu Kehilangan-Firman. Haha! Tengok, sah-sah keluar tajuk ni :3

                Takpa laa, akhir kata terimalah ucapanku ikhlas dari jari yang menaip ini. “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin jika ada. Aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, kealpaan, kesalahan mahupun keterlanjuran. Semoga Aidilfitri kali ini memberi NUR kepada kita semua atas kejayaan berpuasa selama sebulan. Maka dengan ini, sekian Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Terima kasih, jumpa lagi!” :*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bermulanya Disini - Kem PLKN Wawasan Papar


Muka Depan Kem PLKN Wawasan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.. Disini aku mau bagitau kau yang aku sudah jadi Graduan PLKN Kumpulan 1 Siri 10/2013. Wah! Bangga aku kan? Mestilah, setelah hampir 3 bulan (3 Jan-16 Mac) aku & kawan2 seperjuangan menjadi pelatih di Kem PLKN Wawasan Papar, kini telah menamatkan latihan dengan jayanya & selamat. ^____^

Padang Kawad Kem PLKN Wawasan
 Time PLKN best sangat! Tak kira laa di kem mana sekalipun, memang best kan. Yala, first mula latihan sakit hati betul. Kawad kaki(Modul Fizikal) jam 2 petang, dahlah waktu tu cuaca terlampau ‘sejuk’! HAHA! Jadi ikan kering laa jawabnya. Kulit yang selama ini ‘gelap’, tapi lepas habis PLKN menjadi ‘gelap gelita’ .. Huhayy! :D

Disini ada 4 buah kompeni iaitu Taming Sari(Alpha-Merah), Mat Kilau(Bravo-Biru), Tun Mahathir(Charlie-Kuning) & Antanom(Delta-Hijau). Aku berada dalam kompeni Mat Kilau, bernombor ID 69. Bilik penginapanku Dorm 3.

Okee2, time PLKN aku dapat banyak pengalaman. Dari kelas pembinaan karakter(Modul Multiskill) aku dapat mengenal adat resam kawan2 lain yang dari seluruh pelusuk Malaysia(Kota Marudu, Lawas, Tuaran, Kuala Lumpur, Sipitang & Labuan). Aku menjadi berani apabila berkongsi dihadapan khalayak ramai. Bagi aku, aku senang dapat kawan baru sebab aku jenis yang suka senyum kat siapa2 yang tengok aku. Cehh! HAHA! :3

Kami ada disediakan pelbagai tepukan seperti Tepuk2 Terima Kasih, Tepuk2 Lima Semangat, Tepuk2 Power Wush, Tepuk2 Hello,Tepuk2 Semangat dan banyak lagi. Comel kan? HAHA! :D

Dewan Makan Kem PLKN Wawasan
 Di kem tempat aku latihan ni, penduduknya semua baik. Jurulatih2(cikgu), pekerja2 dewan makan, staf2 pengurusan malahan pelatih2 yang ada. Tapi, ada juga laa segelintir yang aku tak suka sebab diorang jenis yang ‘tak suka faham perasaan orang lain’. Tapi tidak apa!(trademark BRYAN,RIO&RHAP)  Asalkan diorang bahagia. Diorang kacau aku&kawan2, diam saja laa kan. Maybe itu cara diorang mau ‘dapat’ kawan. Haaaaaaa gituuuuu!!! :p (trademark MIENA,ACHIEL,FAIZAH&IZZAT)

Surau Kem PLKN Wawasan
 Memang sudah menjadi kebiasaan aku akan lepak di Surau Wawasan pada setiap hari Ahad(cuti umum) dengan kawan2 ku yang lain. Kami gelar diri kami sebagai Geng2 Surau. Biasanya kami datang waktu subuh & balik dorm untuk mandi sebelum maghrib. Kami makan dimana? Alarrr, surau kem dekat ja dengan dewan makan. Tak payah penat2 naik bukit untuk sampai ke dewan makan dari dorm tu. Di surau juga laa kami tidur sehari puas2. Di dorm panas, bising lagi. Kalau kami ada makanan2 ringan, kami kumpul & makan bareng(bersama2 – ayat ABI&ABENG).  Bukan itu ja, sambil beribadah & stay sana, sudah pasti kami akan charging! HAHA! Di dorm semua plug penuh, tak dapat rebut. Kreatif kan? Kunun laa..

Pada awalnya kekuatan pelatih di kem aku seramai 400+. Tapi semakin lama semakin berkurang. Ada yang pengecualian & penangguhan sebab sakit dll. So, waktu hari2 terakhir kekuatan penuh kami seramai 411. Dalam 411 tu,bukan semua yang aku kenal. Yala, sebab wira & wirawati kena ada jaraknya. Kalau degil juga, ‘turun 40’. Haaa! Ambik kau! HAHA! Tapi, ramai juga kawan2 ku disana. Aku suka dengan diorang sebab diorang sporting & faham ‘style’ aku. Sayang kamurang, Wira & Wirawati Kem Wawasan <3

Dinding Logistik Kem PLKN Wawasan
 Tersimpul berjuta2 kenangan aku bersama kawan2 yang berada dalam kem tu tau. Suka, sedih, marah, kecewa & banyak lagi(GERAMJI). Susah mau lupa! Apapun, aku happy gila nak mampos(trademark IZZAT&JAI) sebab dapat ikut PLKN tau! Haaaa, kau hadaaa?! Kikikikikikk :D Akhir kata, berkhidmat laa untuk negara even tidak terpilih ikut Program Latihan Khidmat Negara!!! Sekian Thank Youuuuuu :*

#kenang daku dalam doamu ~_~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Peserta PLKN KUMPULAN 1 Siri 10/2013 !!

Lokasi: Kem PLKN Wawasan, Papar, Sabah.


Assalamualaikum. Tahun depan, aku akan meninggalkan daerah Pitas selama tiga(3) bulan. Bukan tinggal sebarang tinggal okeh. Aku terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama tiga bulan lebih kurang. 3 Januari tahun depan (2013) aku & kawan'kawan yang lain akan berkumpul di Balai Polis Kota Marudu. Mengikut pengetahuan aku dari senior yang lepas, kami yang berlainan lokasi kem akan bertolak bersama'sama. Jadi, dapat juga aku bjumpa dengan kawan'kawan di sekolah yang tidak sama kem denganku.

Ahhh! Rasa seram sejuk ja sebab katanya PLKN ne tak best konon. Kata'kata yang seperti rasa cemburu sebab aku terpilih kut? Hehe. Berdasarkan cerita'cerita sepupu & kawan'kawan yang dahulunya pernah mengikuti program ne, di 'sana' akan ada pengalaman baru. Aku tak pertikaikan benda tu sebab aku harap aku dapat berubah & berdikari. Yala, tak pernah dibuat olehku tinggal jauh dengan keluarga! Inikan pula tinggal di 'sana' selama lebih kurang 3 bulan. Sudahlah dalam hidupku aku tak pernah tinggal di asrama. Macamanalah hari'hari ku di 'sana' nanti, ya? Wallahualam.

Sebenarnya aku rasa kurang selesa juga sebab di 'sana' nanti PRIVACYku akan berkurang. Adessss. Biasalah, anak mama&bapa. (memanglah, diorang yang lahirkan aku, memang sahlah aku anak diorang)

Terfikir pula olehku bagaimana nak mandi di 'sana' nanti. Aduhh, memang aku ne bole dikira sebagai 'sakai' sebab memang tak biasa & tak pernah hidup dalam suasana asrama. Tapi aku yakin, aku akan dapat kawan'kawan yang baik. Aku ne jenis yang suka berkawan. Apalagi senyumanku
yang manis menambahkan keindahan dalam persahabatan kami nanti. HAHA! Gila apa -,-

Lokasi aku di KEM PLKN WAWASAN, PAPAR, SABAH. Even aku rasa aku ditempatkan di kem yang jauh, aku syukur daripada kawan'kawanku yang lain ditempatkan area Semenanjung. Hah! Aku takut ja nanti berlaku pulak 'kejutan budaya' disana. Nauzubillah! Lagi satu, aku sebenarnya beralah supaya ditempatkan di KEM PLKN SINAR JAYA KOTA BELUD, SABAH. Sebabnya aku penakut! Disana Kota Belud (K.B) tu memang sudah biasa dengan kerasukan. Apa tidaknya, disana tu banyak 'Hantu Penanggal' a.k.a 'Balan'balan'. Argghhh! Seram derhhh ~
(orang k.b, jangan marah okeh! ini memang betul, bukan?)

 Apapun, diharapkan 'penghijraan' aku ke 'sana' nanti akan mencapai OBJEKTIF PLKN. (apakah OBJEKTIF PLKN? main cakap ja aku ne!)

Lusa, 22 Disember 2012 aku last kerja di cyber ne sudah. Sepatutnya aku berhenti 23hb, tapi oleh kerana 23hb aku ada 'event' di kampungku, jadi terpaksalah berhenti awal. Aku bersyukur juga sebab sementara tunggu ke PLKN, dapat juga cari duit poket kan. Maybe minggu depan aku 'shopping-mopping', bukan beli'belah sambil mop lantai, okehh! Kehkehkeh.

Kesimpulannya, aku harap 'sesi mendiamkan diri' aku ne akan terlaksana. Aku tak harap kamu rindu aku, tapi aku harap kamu tak lupakan aku :'( Wish Me Luck There!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAWAK : Samad Feat. McD


Samad : hello mcD
mcD : iye.. nak pesan ape?
Samad : ayam ade ?
mcD : ade
Samad : boleh beradu dengan ayam laga saye tak ?
mcD : (tutup telefon)

Samad: hello mcD
mcD : iye betul .. ini yang telefon tadi ye ?!!!
Samad : nak tanye makanan ni.. ayam ade lagi ? -
mcD : ade !
Samad : nasi dengan ais-krim ade ?
mcD : masih ade
Samad : kesian .. tak laku ek ?
mcD : dasar orang gilaaa !!! (tutup telefon)

Samad : hello mcD
mcD : weyh gile ! kau jangan nak main-2 boleh tak?
Samad : yeeee .. maaf nak tanye , bukak 24 jam ke ?
mcD : yee .. kenape ? nak pesan pape ?
Samad : takk .. cume kesian .. tak boleh tidur :3
mcD : (baling telefon)

Samad : hello ini mcD ?
mcD : kau jangan lebih-2 .. saye cari belasah baru tau ! (mula marah)
Samad : maaf .. serius .. sekarang saye nak pesan makanan niii
mcD : haaa .. camtu laa .. jangan main-2 lagi k .. nak pesan ape ?
Samad : bubur kacang hijau ade tak???
*RASE NAK PENYEPAK JE SI SAMAD NI KAN* >.<

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Musim Buah'buahan! Eee, suka!



Murah Rezeki Kami Dapat Banyak Buah :'3

 Alhamdulillah, Sabtu lepas(15Dis2012), keluarga angkat bapaku ada datang ke rumah kami. Diorang datang ramai’ramai. Cuma mau jenguk kami. Lagipula di tempat diorang banyak buah’buahan. So, terus diorang bawakan untuk kami. Memang banyak, rezeki kami lh katakan. Kalau dulu’dulu time kami ada bagang selalu juga bagi diorang ikan’ikan. Tapi sekarang ne takda bagang sudah. Sudah runtuh time puasa baru’baru ne. Nasib lh katakan.

Okehh, bukan mau cerita fasal bagang. Orang semenanjung bukan semuanya tahu apa itu bagang. Bagang tu untuk tangkap ikan bilis lh. Cuba cari kat 'GOOGLE' eh.

Di Sabah sekarang ne, memang musim buah'buahan. Family aku tu ada bawakan buah tarap, rambutan, durian, langsat, ubi kayu & banyak lagi. Yang lain sudah diangkat masuk ke dalam rumah. So, tak dapat take picnya :D

Ditegaskan bahawa kami bukan lh menggunakan 'sistem barter' atau tukar'tukar barang. Mungkin memang norma kehidupan orang Malaysia terutama di Sabah untuk saling berkongsi rezeki yang ada.

Jadi, oleh kerana buah'buahan di rumah terlalu banyak, mama aku pun bagi dengan jiran'jiran sebelah rumah & keluarga kami yang tinggal berdekatan dengan kami.

Apapun, post aku kali ne bukan lh penting sangat pun. Mungkin setakat ingin berkongsi 'hari indah' kot. HAHAHA! Nevermind, okehh!

# Thanks Sudi Baca :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersahabat Biar Ikhlas , Okeh ?

 
Bole paham juga kan gambar diatas?  Itu lh yang berlaku dalam hubungan persahabatan. Aku tau, bukan semuanya. Segelintir saja kan?
Aku juga bersahabat. Dan kamu yang baca post ini pun ada juga sahabat kan? Hidup kita sebenarnya memerlukan sahabat atau juga dikenali sebagai kawan.
Namun, adakalanya kita senang dengan 'style' kawan kita. dan kadang'kadang tidak. Yala, lain orang lain ragamnya. Tapi, kalau sudah si kawan menunjukkan 'style' yg tak baik, memang rasa janggal sudah mau kawan dengan dia kan.
Berbalik pada gambar diatas, itu lh hakikatnya. Bak peribahasa "Habis Manis Sepah Dibuang". Semua kawan tidak sama jenisnya. Bila senang lupakan kita. Kita nak minta tolong susah dia nak tolong. Kalau dia yg minta tolong, hmmmm. Maaf, tiada 'pengungkitan' disini. Itu lh realitinya kan? Esok'esok time dia susah baru ingat nak jumpa, then melutut segala.

Nasihat aku disini, bukan nak ajar membalas dendam atau berkira dengan kawan. Cuma ingin mengingatkan bahawa, "Buat Baik Berpada'pada". Lagi satu, belajar menghargai kawan yg ada disisi kita. Walaupun tidak terlalu rapat, mungkin sahaja dia akan menjadi 'sumber pertolonganmu' suatu masa nanti.

SEKIAN~
SEMOGA TIADA DENDAM ANTARA KITA :P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

15 Diet Cara Rasulullah SAW

1. Rasulullah memulakan makan dengan menyebut 'bismillah'
2. Baca doa sebelum makan
3. Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
4. Makan garam secubit sebelum makan
5. Mula makan dari tepi (pinggir)
6. Ambil makanan yang berhampiran
7. Gunakan tiga jari
8. Kunyah makanan banyak kali
9. Dilarang mencela makanan dan sunat memuji makanan
10. Makruh bersandar ketika makan
11. Kutip makanan yang terjatuh
12. Jilat jari setelah selesai
13. Membaca doa selepas makan
14. Meramaikan orang untuk makan bersama
 15. Elakkan bercakap

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hidup Kita Bagaikan Roda

** Hidup kita ne sebenarnya macam roda ..
Even roda a.k.a hidup kita  berpusing berputar , tidak juga lh pening  ..
Kadang'kadang kita berada diatas a.k.a senang ..
Namun tetap juga berada dibawah a.k.a susah ..
Roda hendaklah berputar untuk meneruskan perjalanan hidup kita ..
Jadi , jangan lh risau jika sekarang kita berada dibawah ..
 Kerana pasti kita akan berada diatas nanti ..
Cuma kita tak tau 'BILA' :'D
Hanya perlu Doa , Usaha , Istiqomah & Tawakkal **

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Al-Fatihah Untukmu , Allayarhammah Yasmin J Hunwick :'(


Assalamualaikum .. Kenal tak blogger remaja yg terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada 3 Jun 2012 yang lepas? Aku bukan nak mengimbau kisah silam yang menyayat hati itu. Namun sebenarnya untuk pengajaran kita semua yang masih hidup. Sebelum aku sambung cerita, ini wajah arwah Yasmin J Hunwick (aku panggil Arwah MIN ja k)

http://misschronicz.blogspot.com/
Arwah Min (sebelah kiri,jam tangan hitam)


Mesti korang aku terlambat tahu tentang Arwah Min kan? Memang aku terlambat. Aku pun tak ingat macamana bole terjumpa page arwah kat fesbuk. Pastu, aku klik lh cover photo page tu. Post page tu aku tak baca lagi time tu. Kan aku baru ja LIKE. Then, yang buat aku terkejut ialah hampir semua komen kat situ komen "Al-Fatihah". Astaghfirullah, memang terkejut lh.. Kenapa diorang cakap macam tu? Aku baca semua komen disitu. Aku klik lagi gambar-2 arwah sampai aku terjumpa link blog arwah.

Aku rasa tak sabar nak tahu apa cerita sebenarnya tentang gadis remaja yang cantik ne. Memang betul, arwah sudah tiada. Aku cepat-2 sedekahkan Al-Fatihah untuknya (sebenarnya untuk kali kedua, yang pertama time orang-2 komen kat gambar di fesbuk arwah).

Aku memulakan pembacaan. Aku selongkar satu demi satu yang berkaitan arwah Min. Aku membaca sambil menitiskan air mata, SERIOUSLY! Mungkin aku terlalu sedih, ditambah dengan alunan muzik piano yang dipasangkan dalam blog-2 yang aku buka.

Eyaa lh, aku baru kenal arwah Min sejak tadi pagi. Sampai sekarang aku masih sedih sebenarnya. Even baru kenal dan baru tahu berita sedih tentang arwah Min, aku seperti sudah lama mengenalnya. Maybe sebab kami lahir dalam tahun yang sama, 1995. Tapi arwah lebih tua dari aku berapa bulan.

Aku sedih sebenarnya. Kematian tidak mengira usia kan? Arwah Min tidak sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) tahun ne. Dalam older post arwah, aku baca juga yang arwah nak tingkatkan prestasinya time SPM nti. Sungguh sedih, niatnya tidak kesampaian.


Pusara arwah Min..


Semoga pemergian arwah Min memberi pengajaran kepada kita semua. Diharapkan keluarga arwah terus redha dengan ketentuan Allah. Aku yang baru kenal dengan arwah,(arwah bukan kenal aku pun) jadi sedih. Apalagi keluarga arwah yang memang sudah lama bersamanya. Namun sesungguhnya Allah lebih sayangkan arwah Min. Al-Fatihah :'( :'( Salam Takziah saya ucapkan. 



Kata-2 Mama Arwah Min, Aunty Saz :
Kepada pembaca-pembaca yg baru mengetahui kisah anak Aunty, Arwah Yasmin. Disini aunty ada letakkan beberapa link dari seorang blogger yg agak rapat dengan aunty. Dari situ, semua akan mengetahui kenapa arwah meninggal dan kisah-kisah yg berkaitan dengan arwah. http://initentangaku-initentangaku.blogspot.com/2012/09/lagenda-selepas-mahsuri.html.

[Allahyarhammah Yasmin Johan]
[22 Feb 1995 - 03 June 2012]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selepas Aku SPM . . . .

 
 
  Nampak jugak kan PC-2 itu ? Ahad baru ne (2 Dis 2012) aku start keja kat Cyber Dataran Bengkoka, Pitas. Cigu aku time form 2 dulu PM aku kat fB minta tolong carik kan pekerja untuk cyber dy. Last-2, aku suggest diriku untuk tolong dy. Katanya, gaji kat situ nanti bagi dua. Kalau ramai , untung lh. Kalau tak ramai , untung jugak sebab ada jugak costumer kan. Yala, aku pun dah abis exam SPM rabu lepas. Selesai 10 papers. Resultny aku tak lh sure nak straight 'A'. Sebab time exam ari tu aku slalu sakit. Tak kuat antibodi kot. Aku keja ne pun tak lama sebab sementara tunggu PLKN nanti kan.
Aku suka juga keja ne. Sebab PADANLAH memang hobiku online terusss. HEHE. Pekedai-2 d cne cakap, "Bersih sudah cyber ne semenjak kau yg jaga tau". Aku bukan bangga sangat pun. Sebab aku memang sudah biasa kemas-2 kan :3
Owkey lh, ini saja lh post ku. Memang sudah terlalu lama tak update kan. Salam Perkenalan yaa. WISH ME LUCK, HERE!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS