![]() |
Muka Depan Kem PLKN Wawasan |
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarokatuh.. Disini aku mau bagitau kau yang aku sudah jadi Graduan PLKN
Kumpulan 1 Siri 10/2013. Wah! Bangga aku kan? Mestilah, setelah hampir 3 bulan
(3 Jan-16 Mac) aku & kawan2 seperjuangan menjadi pelatih di Kem PLKN Wawasan
Papar, kini telah menamatkan latihan dengan jayanya & selamat. ^____^
![]() |
Padang Kawad Kem PLKN Wawasan |
Time PLKN best sangat! Tak kira
laa di kem mana sekalipun, memang best kan. Yala, first mula latihan sakit hati
betul. Kawad kaki(Modul Fizikal) jam 2 petang, dahlah waktu tu cuaca terlampau
‘sejuk’! HAHA! Jadi ikan kering laa jawabnya. Kulit yang selama ini ‘gelap’,
tapi lepas habis PLKN menjadi ‘gelap gelita’ .. Huhayy! :D
Disini ada 4 buah kompeni iaitu
Taming Sari(Alpha-Merah), Mat Kilau(Bravo-Biru), Tun Mahathir(Charlie-Kuning)
& Antanom(Delta-Hijau). Aku berada dalam kompeni Mat Kilau, bernombor ID
69. Bilik penginapanku Dorm 3.
Okee2, time PLKN aku dapat banyak
pengalaman. Dari kelas pembinaan karakter(Modul Multiskill) aku dapat mengenal
adat resam kawan2 lain yang dari seluruh pelusuk Malaysia(Kota Marudu, Lawas,
Tuaran, Kuala Lumpur, Sipitang & Labuan). Aku menjadi berani apabila
berkongsi dihadapan khalayak ramai. Bagi aku, aku senang dapat kawan baru sebab
aku jenis yang suka senyum kat siapa2 yang tengok aku. Cehh! HAHA! :3
Kami ada disediakan pelbagai
tepukan seperti Tepuk2 Terima Kasih, Tepuk2 Lima Semangat, Tepuk2 Power Wush,
Tepuk2 Hello,Tepuk2 Semangat dan banyak lagi. Comel kan? HAHA! :D
![]() |
Dewan Makan Kem PLKN Wawasan |
Di kem tempat aku latihan ni,
penduduknya semua baik. Jurulatih2(cikgu), pekerja2 dewan makan, staf2
pengurusan malahan pelatih2 yang ada. Tapi, ada juga laa segelintir yang aku
tak suka sebab diorang jenis yang ‘tak suka faham perasaan orang lain’. Tapi
tidak apa!(trademark BRYAN,RIO&RHAP) Asalkan diorang bahagia. Diorang kacau
aku&kawan2, diam saja laa kan. Maybe itu cara diorang mau ‘dapat’ kawan.
Haaaaaaa gituuuuu!!! :p (trademark MIENA,ACHIEL,FAIZAH&IZZAT)
![]() |
Surau Kem PLKN Wawasan |
Memang sudah menjadi kebiasaan
aku akan lepak di Surau Wawasan pada setiap hari Ahad(cuti umum) dengan kawan2
ku yang lain. Kami gelar diri kami sebagai Geng2 Surau. Biasanya kami datang
waktu subuh & balik dorm untuk mandi sebelum maghrib. Kami makan dimana?
Alarrr, surau kem dekat ja dengan dewan makan. Tak payah penat2 naik bukit
untuk sampai ke dewan makan dari dorm tu. Di surau juga laa kami tidur sehari
puas2. Di dorm panas, bising lagi. Kalau kami ada makanan2 ringan, kami kumpul
& makan bareng(bersama2 – ayat ABI&ABENG). Bukan itu ja, sambil beribadah & stay
sana, sudah pasti kami akan charging! HAHA! Di dorm semua plug penuh, tak dapat
rebut. Kreatif kan? Kunun laa..
Pada awalnya kekuatan pelatih di
kem aku seramai 400+. Tapi semakin lama semakin berkurang. Ada yang
pengecualian & penangguhan sebab sakit dll. So, waktu hari2 terakhir
kekuatan penuh kami seramai 411. Dalam 411 tu,bukan semua yang aku kenal. Yala,
sebab wira & wirawati kena ada jaraknya. Kalau degil juga, ‘turun 40’.
Haaa! Ambik kau! HAHA! Tapi, ramai juga kawan2 ku disana. Aku suka dengan
diorang sebab diorang sporting & faham ‘style’ aku. Sayang kamurang, Wira
& Wirawati Kem Wawasan <3
![]() |
Dinding Logistik Kem PLKN Wawasan |
Tersimpul berjuta2 kenangan aku
bersama kawan2 yang berada dalam kem tu tau. Suka, sedih, marah, kecewa &
banyak lagi(GERAMJI). Susah mau lupa! Apapun, aku happy gila nak
mampos(trademark IZZAT&JAI) sebab dapat ikut PLKN tau! Haaaa, kau hadaaa?!
Kikikikikikk :D Akhir kata, berkhidmat laa untuk negara even tidak terpilih
ikut Program Latihan Khidmat Negara!!! Sekian Thank Youuuuuu :*
#kenang daku dalam doamu ~_~
2 comments:
amboiiiii :) nice wan . hehe - bebeh
okay , entri ni buat aku lagi rindu dengan plkn :'( jambatan gantung itu , pdg kawad itu , loreng itu , bau kiwi itu , pt10 itu :'( lepas 1 tahun lebih , rindu mcm gila , perlu p b'ubat rasanya :'DDDD
ID 376 charlie
kump 1 / siri 9 / tahun 2012
Post a Comment