RSS

Aku Peserta PLKN KUMPULAN 1 Siri 10/2013 !!

Lokasi: Kem PLKN Wawasan, Papar, Sabah.


Assalamualaikum. Tahun depan, aku akan meninggalkan daerah Pitas selama tiga(3) bulan. Bukan tinggal sebarang tinggal okeh. Aku terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama tiga bulan lebih kurang. 3 Januari tahun depan (2013) aku & kawan'kawan yang lain akan berkumpul di Balai Polis Kota Marudu. Mengikut pengetahuan aku dari senior yang lepas, kami yang berlainan lokasi kem akan bertolak bersama'sama. Jadi, dapat juga aku bjumpa dengan kawan'kawan di sekolah yang tidak sama kem denganku.

Ahhh! Rasa seram sejuk ja sebab katanya PLKN ne tak best konon. Kata'kata yang seperti rasa cemburu sebab aku terpilih kut? Hehe. Berdasarkan cerita'cerita sepupu & kawan'kawan yang dahulunya pernah mengikuti program ne, di 'sana' akan ada pengalaman baru. Aku tak pertikaikan benda tu sebab aku harap aku dapat berubah & berdikari. Yala, tak pernah dibuat olehku tinggal jauh dengan keluarga! Inikan pula tinggal di 'sana' selama lebih kurang 3 bulan. Sudahlah dalam hidupku aku tak pernah tinggal di asrama. Macamanalah hari'hari ku di 'sana' nanti, ya? Wallahualam.

Sebenarnya aku rasa kurang selesa juga sebab di 'sana' nanti PRIVACYku akan berkurang. Adessss. Biasalah, anak mama&bapa. (memanglah, diorang yang lahirkan aku, memang sahlah aku anak diorang)

Terfikir pula olehku bagaimana nak mandi di 'sana' nanti. Aduhh, memang aku ne bole dikira sebagai 'sakai' sebab memang tak biasa & tak pernah hidup dalam suasana asrama. Tapi aku yakin, aku akan dapat kawan'kawan yang baik. Aku ne jenis yang suka berkawan. Apalagi senyumanku
yang manis menambahkan keindahan dalam persahabatan kami nanti. HAHA! Gila apa -,-

Lokasi aku di KEM PLKN WAWASAN, PAPAR, SABAH. Even aku rasa aku ditempatkan di kem yang jauh, aku syukur daripada kawan'kawanku yang lain ditempatkan area Semenanjung. Hah! Aku takut ja nanti berlaku pulak 'kejutan budaya' disana. Nauzubillah! Lagi satu, aku sebenarnya beralah supaya ditempatkan di KEM PLKN SINAR JAYA KOTA BELUD, SABAH. Sebabnya aku penakut! Disana Kota Belud (K.B) tu memang sudah biasa dengan kerasukan. Apa tidaknya, disana tu banyak 'Hantu Penanggal' a.k.a 'Balan'balan'. Argghhh! Seram derhhh ~
(orang k.b, jangan marah okeh! ini memang betul, bukan?)

 Apapun, diharapkan 'penghijraan' aku ke 'sana' nanti akan mencapai OBJEKTIF PLKN. (apakah OBJEKTIF PLKN? main cakap ja aku ne!)

Lusa, 22 Disember 2012 aku last kerja di cyber ne sudah. Sepatutnya aku berhenti 23hb, tapi oleh kerana 23hb aku ada 'event' di kampungku, jadi terpaksalah berhenti awal. Aku bersyukur juga sebab sementara tunggu ke PLKN, dapat juga cari duit poket kan. Maybe minggu depan aku 'shopping-mopping', bukan beli'belah sambil mop lantai, okehh! Kehkehkeh.

Kesimpulannya, aku harap 'sesi mendiamkan diri' aku ne akan terlaksana. Aku tak harap kamu rindu aku, tapi aku harap kamu tak lupakan aku :'( Wish Me Luck There!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment