RSS

Maafkan Saya Eh :))

Biasanya kita mendengar orang berkata, “Aku ni senang memaafkan. Namun sukar untuk melupakan kesalahan c Polan tu.”
                Ya! Aku pun sama dengan prinsip tersebut. Tapi, aku terfikir kenapa aku mesti pendam segalanya dan tidak memaafkan kesalahan seseorang itu? Kita semua manusia, tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Even kita tidak sengaja ataupun tidak ada motif melakukan sesuatu perkara itu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa sangat marah dengan kita.
                Okay, contohnya kita melakukan kesalahan kepada seseorang. Namun, dia sangat sukar untuk memaafkan kita. Maybe dia fikir kalau memaafkan kita, kita akan melakukan perkara yang sama dan membuat dia marah lagi. Walaupun sudah puas kita memohon maaf kepadanya.
                Pada pendapat saya, mungkin dia sangat benci dengan kita bukan kerana kesalahan yang kita lakukan kepadanya. Tetapi mungkin kerana fizikal kita. Mungkin dia berasa sangat jijik jika berkawan atau bergaul dengan kita. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Tapi, pangkat dapat membezakan kita. Even kita berbeza dari segi pangkat atau paras rupa, tapi kita semua adalah ciptaan-Nya.
                Jangan suka menyakitkan hati orang lain. Kerana orang lain pula nanti yang akan menyakitkan hati kita. Serta maafkanlah kesalahan seseorang itu kerana kita manusia yang tidak akan dapat lari dari melakukan kesalahan. Jangan bersikap kebudak-budakan. Berfikiran rasional okay! Gud Luck :p


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

scha_07 said...

ok2.. aku faham... :)

Post a Comment