RSS

Attitude , Aptitude , Altitude ?!


Terjemahan: Sikap (attitude) anda, bukan bakat atau kebolehan (aptitude) anda yang menentukan ketinggian atau setinggi mana anda boleh berjaya (altitude).
                Sikap, samada sikap negatif atau sikap positif adalah segala-galanya. Bagi mereka yang bersikap negatif, apa jua bakat dan kebolehan yang terdapat dalam diri sendiri tidak dapat dimanfaat sepenuhnya kerana jika diajak untuk melakukan sesuatu kerja besar, mereka hanya cenderung untuk melihat masalah-masalah yang bakal dihadapi. Justeru itu tenaga tidak dapat dicurahkan sepenuhnya.
                Bagi yang bersikap positif pula, setiap kekurangan yang ada dapat ditampung dengan bersikap “tidak mengaku kalah” yang ada pada mereka. Mereka juga akan berikhtiar dan mencari jalan bagi memastikan cita-cita itu tercapai.
                Jadi, factor yang menentukan kejayaan kita sebenarnya bukan bakat semula jadi yang ada pada diri kita tetapi sikap kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment