RSS

Bermulanya Disini - Kem PLKN Wawasan Papar


Muka Depan Kem PLKN Wawasan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.. Disini aku mau bagitau kau yang aku sudah jadi Graduan PLKN Kumpulan 1 Siri 10/2013. Wah! Bangga aku kan? Mestilah, setelah hampir 3 bulan (3 Jan-16 Mac) aku & kawan2 seperjuangan menjadi pelatih di Kem PLKN Wawasan Papar, kini telah menamatkan latihan dengan jayanya & selamat. ^____^

Padang Kawad Kem PLKN Wawasan
 Time PLKN best sangat! Tak kira laa di kem mana sekalipun, memang best kan. Yala, first mula latihan sakit hati betul. Kawad kaki(Modul Fizikal) jam 2 petang, dahlah waktu tu cuaca terlampau ‘sejuk’! HAHA! Jadi ikan kering laa jawabnya. Kulit yang selama ini ‘gelap’, tapi lepas habis PLKN menjadi ‘gelap gelita’ .. Huhayy! :D

Disini ada 4 buah kompeni iaitu Taming Sari(Alpha-Merah), Mat Kilau(Bravo-Biru), Tun Mahathir(Charlie-Kuning) & Antanom(Delta-Hijau). Aku berada dalam kompeni Mat Kilau, bernombor ID 69. Bilik penginapanku Dorm 3.

Okee2, time PLKN aku dapat banyak pengalaman. Dari kelas pembinaan karakter(Modul Multiskill) aku dapat mengenal adat resam kawan2 lain yang dari seluruh pelusuk Malaysia(Kota Marudu, Lawas, Tuaran, Kuala Lumpur, Sipitang & Labuan). Aku menjadi berani apabila berkongsi dihadapan khalayak ramai. Bagi aku, aku senang dapat kawan baru sebab aku jenis yang suka senyum kat siapa2 yang tengok aku. Cehh! HAHA! :3

Kami ada disediakan pelbagai tepukan seperti Tepuk2 Terima Kasih, Tepuk2 Lima Semangat, Tepuk2 Power Wush, Tepuk2 Hello,Tepuk2 Semangat dan banyak lagi. Comel kan? HAHA! :D

Dewan Makan Kem PLKN Wawasan
 Di kem tempat aku latihan ni, penduduknya semua baik. Jurulatih2(cikgu), pekerja2 dewan makan, staf2 pengurusan malahan pelatih2 yang ada. Tapi, ada juga laa segelintir yang aku tak suka sebab diorang jenis yang ‘tak suka faham perasaan orang lain’. Tapi tidak apa!(trademark BRYAN,RIO&RHAP)  Asalkan diorang bahagia. Diorang kacau aku&kawan2, diam saja laa kan. Maybe itu cara diorang mau ‘dapat’ kawan. Haaaaaaa gituuuuu!!! :p (trademark MIENA,ACHIEL,FAIZAH&IZZAT)

Surau Kem PLKN Wawasan
 Memang sudah menjadi kebiasaan aku akan lepak di Surau Wawasan pada setiap hari Ahad(cuti umum) dengan kawan2 ku yang lain. Kami gelar diri kami sebagai Geng2 Surau. Biasanya kami datang waktu subuh & balik dorm untuk mandi sebelum maghrib. Kami makan dimana? Alarrr, surau kem dekat ja dengan dewan makan. Tak payah penat2 naik bukit untuk sampai ke dewan makan dari dorm tu. Di surau juga laa kami tidur sehari puas2. Di dorm panas, bising lagi. Kalau kami ada makanan2 ringan, kami kumpul & makan bareng(bersama2 – ayat ABI&ABENG).  Bukan itu ja, sambil beribadah & stay sana, sudah pasti kami akan charging! HAHA! Di dorm semua plug penuh, tak dapat rebut. Kreatif kan? Kunun laa..

Pada awalnya kekuatan pelatih di kem aku seramai 400+. Tapi semakin lama semakin berkurang. Ada yang pengecualian & penangguhan sebab sakit dll. So, waktu hari2 terakhir kekuatan penuh kami seramai 411. Dalam 411 tu,bukan semua yang aku kenal. Yala, sebab wira & wirawati kena ada jaraknya. Kalau degil juga, ‘turun 40’. Haaa! Ambik kau! HAHA! Tapi, ramai juga kawan2 ku disana. Aku suka dengan diorang sebab diorang sporting & faham ‘style’ aku. Sayang kamurang, Wira & Wirawati Kem Wawasan <3

Dinding Logistik Kem PLKN Wawasan
 Tersimpul berjuta2 kenangan aku bersama kawan2 yang berada dalam kem tu tau. Suka, sedih, marah, kecewa & banyak lagi(GERAMJI). Susah mau lupa! Apapun, aku happy gila nak mampos(trademark IZZAT&JAI) sebab dapat ikut PLKN tau! Haaaa, kau hadaaa?! Kikikikikikk :D Akhir kata, berkhidmat laa untuk negara even tidak terpilih ikut Program Latihan Khidmat Negara!!! Sekian Thank Youuuuuu :*

#kenang daku dalam doamu ~_~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

amboiiiii :) nice wan . hehe - bebeh

Sera Salleh said...

okay , entri ni buat aku lagi rindu dengan plkn :'( jambatan gantung itu , pdg kawad itu , loreng itu , bau kiwi itu , pt10 itu :'( lepas 1 tahun lebih , rindu mcm gila , perlu p b'ubat rasanya :'DDDD

ID 376 charlie
kump 1 / siri 9 / tahun 2012

Post a Comment