RSS

Aidilfitri Yang Bakal Tiba


Hai semua! Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh, semoga korang sihat-sihat belaka hendaknya. Uikk, lama juga aku tak update belog ku ni kan. Dari yang semenjak tamat PLKN hari tu then sekarang baru dapat update. Berhabuk sudah belog aku ni. Wuhh Wuhh  *Lap-lap dan tiup-tiup*

                Rasanya belum terlambat lagi aku mau wish ‘Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak’ ya. Tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013 yang bakal tiba ni. :’)

                Baju raya sudah beli? Mesti korang nak yang grand-grand gituu kan. Alahhhh, kalau yang baju tahun lepas masih elok, pakai je laa. Buat apa nak membazir beli baju banyak-banyak kan.  Aku ingat lagi satu ayat ni, “Pakailah baju yang cantik pada pagi raya. Walaupun tidak baharu, yang penting ia bersih dan pakaian yang tercantik kamu ada.” Errr, lebih kurang begitulah ayatnya. Tak perlu baharu, yang penting cantik. Pakaian yang tutup aurat sudah semestinya :D

                Hmmm, tahun ni kami sekeluarga beraya tak cukup ahli. Sebab dua orang abangku ke oversea. Abang first kat Pahang, kerja disana. Abang yang ketiga di Indonesia, Tahfiz disana. Tapi takpa laa, asalkan masih ada lagi sanak –saudara di kampong ni. Kengkawan pun masih ramai, even diorang sambung study jauh-jauh  tapi balik juga meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan kawan tersayang. Cehhh. Hehehe xD

                Banyak yang aku mau cakap(taip sebenarnya), tapi aku takut keluar tajuk pulak. Tapi sebenarnya disaat aku mencoret draf ini, aku sendiri tak tahu apa tajuk yang sepatutnya aku ingin letakkan. Mungkin sebab telingaku disumbat dengan handsfree, mendengar lagu Kehilangan-Firman. Haha! Tengok, sah-sah keluar tajuk ni :3

                Takpa laa, akhir kata terimalah ucapanku ikhlas dari jari yang menaip ini. “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin jika ada. Aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, kealpaan, kesalahan mahupun keterlanjuran. Semoga Aidilfitri kali ini memberi NUR kepada kita semua atas kejayaan berpuasa selama sebulan. Maka dengan ini, sekian Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Terima kasih, jumpa lagi!” :*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

tenku butang said...

done follow sini no.71
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang@gmail.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Post a Comment