RSS

Ubah Cara Pemikiran Anda !


Jika hendak Berjaya, kita mestilah berubah. Apakah yang dimaksudkan dengan berubah? Berubah bermaksud mewujudkan satu pemikiran, suasana atau tabiat baru bagi menggantikan pemikiran, suasana, atau tabiat lama atau yang sedia.
                Perkara yang perlu didahulukan ialah cara kita berfikir. Ini dapat mengubah tindakan kita. Sesetengah orang kelihatan malas bukan kerana dia tidak sanggup berusaha malah dia sanggup bekerja kuat. Akan tetapi sekiranya dia sentiasa berfikir “Kerja kuat pun tak guna, buat penat saja. Bukan dapat gaji lebih pun. Aku bukan nak kaya”, maka pemikiran seperti itu akan sentiasa mengganggu fikirannya. Hasilnya, usaha yang dicurahkan tidak sebanyak mana.  Justeru itu dia perlulah mengubah cara berfikir terlebih dahulu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment