RSS

Cuba Berhajat BESAR !


Terjemahan: Masalahnya, bukan kerana manusia mempunyai hajat yang terlalu besar tetapi mereka hanya mempunyai hajat yang kecil.
                Kebanyakan manusia kurang menyerlah kerana mereka tidak mempunyai cita-cita yang besar. Mereka cepat berpuas hati dengan sedikit kemajuan.
                Selalu mendengar kata-kata seperti ini: cukup makan pun jadilah ..”, “janji dapat gaji. Berapa A tak kisah ..”, “kerja kilang pun tak pa, dapat gaji halal juga ..”. Itulah hajat-hajat kecil yang menghalang seseorang untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh. Masalahnya ramai di kalangan masyarakat berpendirian seperti itu.
                Bayangkan pula kelompok manusia lain yang berkata: “No way, mesti sukses.” Itu pun semua cemerlang dan bukan “cukup makan” seperti di atas. Apabila seseorang itu mempunyai hajat atau cita-cita besar, maka lazimnya dia akan berusaha bersungguh-sungguh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment