Terjemahan: Sikap
(attitude) anda, bukan bakat atau kebolehan
(aptitude) anda yang menentukan ketinggian atau setinggi mana anda boleh berjaya (altitude).
Sikap, samada sikap negatif atau sikap positif
adalah segala-galanya. Bagi mereka yang bersikap negatif, apa jua bakat dan
kebolehan yang terdapat dalam diri sendiri tidak dapat dimanfaat sepenuhnya
kerana jika diajak untuk melakukan sesuatu kerja besar, mereka hanya cenderung
untuk melihat masalah-masalah yang bakal dihadapi. Justeru itu tenaga tidak
dapat dicurahkan sepenuhnya.
Bagi
yang bersikap positif pula, setiap kekurangan yang ada dapat ditampung dengan
bersikap “tidak mengaku kalah” yang ada pada mereka. Mereka juga akan
berikhtiar dan mencari jalan bagi memastikan cita-cita itu tercapai.
Jadi,
factor yang menentukan kejayaan kita sebenarnya bukan bakat semula jadi yang
ada pada diri kita tetapi sikap kita.
0 comments:
Post a Comment