RSS

Jom Terbang ! HAHA !


Allah tidak mencipta manusia untuk membuat kerja yang remeh-temeh di dunia.Kita dibekalkan dengan organ-organ serta anggota tubuh badan yang jika digunakan secara bijaksana memungkinkan kita menawan tertinggi di dunia, menyelam ke dasar lautan, mengembara di gurun yang panas, atau kutub yang sejuk dan menyusuri sungai yang deras.
                Demikian juga dengan seorang pekerja. Alam pekerjaan tidak diwujudkan sekadar untuk mendapat gaji yang lumayan. Ia diadakan untuk memberi peluang kepada semua orang menjadi pekerja yang cemerlang. Pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi, professional, dan produktif untuk syarikat dan seterusnya Negara.
                Sayang sekali ramai tidak memanfaatkan kehebatan diri. Ramai tidak menggunakan sepenuhnya potensi diri untuk mengejar kecemerlangan dalam kerja-kerja yang dilakukan. Sedangkan kita boleh terbang, ramai yang masih berjalan atau merangkak, kalaupun tidak berlari!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment