RSS

Al-Fatihah Untukmu , Allayarhammah Yasmin J Hunwick :'(


Assalamualaikum .. Kenal tak blogger remaja yg terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada 3 Jun 2012 yang lepas? Aku bukan nak mengimbau kisah silam yang menyayat hati itu. Namun sebenarnya untuk pengajaran kita semua yang masih hidup. Sebelum aku sambung cerita, ini wajah arwah Yasmin J Hunwick (aku panggil Arwah MIN ja k)

http://misschronicz.blogspot.com/
Arwah Min (sebelah kiri,jam tangan hitam)


Mesti korang aku terlambat tahu tentang Arwah Min kan? Memang aku terlambat. Aku pun tak ingat macamana bole terjumpa page arwah kat fesbuk. Pastu, aku klik lh cover photo page tu. Post page tu aku tak baca lagi time tu. Kan aku baru ja LIKE. Then, yang buat aku terkejut ialah hampir semua komen kat situ komen "Al-Fatihah". Astaghfirullah, memang terkejut lh.. Kenapa diorang cakap macam tu? Aku baca semua komen disitu. Aku klik lagi gambar-2 arwah sampai aku terjumpa link blog arwah.

Aku rasa tak sabar nak tahu apa cerita sebenarnya tentang gadis remaja yang cantik ne. Memang betul, arwah sudah tiada. Aku cepat-2 sedekahkan Al-Fatihah untuknya (sebenarnya untuk kali kedua, yang pertama time orang-2 komen kat gambar di fesbuk arwah).

Aku memulakan pembacaan. Aku selongkar satu demi satu yang berkaitan arwah Min. Aku membaca sambil menitiskan air mata, SERIOUSLY! Mungkin aku terlalu sedih, ditambah dengan alunan muzik piano yang dipasangkan dalam blog-2 yang aku buka.

Eyaa lh, aku baru kenal arwah Min sejak tadi pagi. Sampai sekarang aku masih sedih sebenarnya. Even baru kenal dan baru tahu berita sedih tentang arwah Min, aku seperti sudah lama mengenalnya. Maybe sebab kami lahir dalam tahun yang sama, 1995. Tapi arwah lebih tua dari aku berapa bulan.

Aku sedih sebenarnya. Kematian tidak mengira usia kan? Arwah Min tidak sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) tahun ne. Dalam older post arwah, aku baca juga yang arwah nak tingkatkan prestasinya time SPM nti. Sungguh sedih, niatnya tidak kesampaian.


Pusara arwah Min..


Semoga pemergian arwah Min memberi pengajaran kepada kita semua. Diharapkan keluarga arwah terus redha dengan ketentuan Allah. Aku yang baru kenal dengan arwah,(arwah bukan kenal aku pun) jadi sedih. Apalagi keluarga arwah yang memang sudah lama bersamanya. Namun sesungguhnya Allah lebih sayangkan arwah Min. Al-Fatihah :'( :'( Salam Takziah saya ucapkan. 



Kata-2 Mama Arwah Min, Aunty Saz :
Kepada pembaca-pembaca yg baru mengetahui kisah anak Aunty, Arwah Yasmin. Disini aunty ada letakkan beberapa link dari seorang blogger yg agak rapat dengan aunty. Dari situ, semua akan mengetahui kenapa arwah meninggal dan kisah-kisah yg berkaitan dengan arwah. http://initentangaku-initentangaku.blogspot.com/2012/09/lagenda-selepas-mahsuri.html.

[Allahyarhammah Yasmin Johan]
[22 Feb 1995 - 03 June 2012]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment