Yang ada ialah pekerja yang rajin membuat kerja dan pekerja yang malas membuat kerja. Mareka yang malas membuat banyak kerja hanya
berminat untuk mencari jalan mudah. Mereka tidak sanggup bekerja kuat dan tidak
tahan dengan sedikit kesusahan.
Semuanya
hendak senang belaka. Apabila diberi
banyak tugas mereka hanya buat sebahagian sahaja. Sesetengahnya pula meniru
dari rakan sejawat! Apabila mula membiasakan diri dengan amalan meniru idea
orang lain, seseorang itu akan terbiasa dengan tabiat berkenaan.
Kenapa?
Meniru adalah kerja mudah. Meniru
tidak memerlukan kita berfikir dan berikhtiar mencari penyelesaian kepada
sesuatu masalah. Apa yang perlu dilakukan adalah anda menulis sahaja apa yang
dilihat.
Usaha
yang sedikit akan membuahkan hasil yang banyak. Sebab itu sekali meniru idea orang lain, anda gemar
meneruskan amalan buruk itu. Lama-kelamaan ia menjadi satu tabiat. Jadi, diri
kita sendirilah yang menetapkan sama ada kita akan BODOH atau CERDIK!
2 comments:
bh baiklah :P
aLoohhaa :))
Post a Comment