RSS

Sedia Memaafkan , Bahagia Masa Hadapan !

Allah s.w.t menyifatkan orang beriman itu saling bersaudara dan dituntut agar berdamai sekiranya berlaku perselisihan. .Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah(perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujurat 49: 10)

Perpecahan dan pergaduhan amat dilarang oleh Islam dan hukumnya adalah HARAM. .Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Tarmizi , diceritakan drpda Abu Ayyub al-Ansari bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak halal (Haram) bagi seorang Muslim itu tidak menegur sapa saudaranya lebih drpd tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke arah lain dan seorang lagi ke arah yang lain. .Yang lebih baik drpd dua orang ini adalah sesiapa yang memulakan salam.”

Tidak bertegur sapa melebihi tiga hari menurut hadis ini adalah Haram. .Manakala memberi salam d antara dua pihak yang bergaduh sudah cukup sebagai syarat perdamaian. .Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Silaturahim itu tergantung d Arasy lalu berkata , ‘Sesiapa yang menyambungku (silaturahim) maka Allah akan menyambungnya dan sesiapa yang memutuskannya , maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat al-Bukhari, 4/112)

Dalam sebuah hadis riwayat al-Tarmizi drpd Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Telah dibuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis , maka diberi keampunanpada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyekutukan Allah dgan sesuatu , melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa. .Maka dikatakan kepada pintu syurga, tolaklah kedua-dua orang itu sehingga mereka kembali berdamai.”

Setiap individu harus memiliki sifat terbuka dan suka memaafkan di samping kuat sangkaan baiknya terhadap sesame Muslim tanpa perasaan hasad dengki. ..Dngan demikian nescaya kita tidak akan terperangkap dlm kancah permusuhan , sebaliknya persaudaraan akan terus kukuh dan teguh sesame umat Islam. ..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment