RSS

Mari BERJAYA ~


Kemahuan ialah satu keinginan kuat untuk melakukan sesuatu kerja atau mendapatkan sesuatu benda. Apabila kita mempunyai kemahuan yang kuat, kita akan lakukan apa sahaja bagi memastikan impian kita tercapai dan memperoleh kejayaan.
Sebagai seorang manusia, kemahuan akan mendorong kita untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan keputusan yang diperolehi lebih cemerlang. Oleh sebab didorong oleh kemahuan yang tinggi untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang, kita sanggup berjaga hinggan tengah malam, bersedia untuk bangun awal pagi, tidak segan-segan lagi untuk bertanya dan mendapatkan bantuan orang lain, rela mengorbankan program kegemaran di TV, serta melakukan apa sahaja asalkan hasrat kita tercapai.
Kesimpulannya, amat sukar bagi kita menghalang sesiapa sahaja mendapat sesuatu sekiranya mereka memiliki kemahuan yang kuat. Justeru itulah, “Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Kejayaan.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment